"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Tranformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling "
Monday, 3 October 2011
Selamat Datang Ke Blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling!
Selamat datang dan salam perkenalan dari kami unit bimbingan dan kaunseling SMK Sultan Alauddin. Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang cukup
bermanfaat dan besar peranannya di sekolah. Penggunaan ICT di kalangan warga guru
Bimbingan dan kaunseling sepenuh masa perlu digerakkan.
Pembinaan blog merupakan satu usaha yang berterusan untuk mengembangkan
pengetahuan dan penggunaan ICT dalam perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling
sekolah. Pengetahuan dalam bidang Ict perlu direalisasi bagi memastikan pencairan
maklumat dan perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan dalam jangkamasa yang singkat.
Demi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia usaha yang berterusan perlu
dirangka untuk memastikan pembinaan blog sebagai media maklumat tanpa sempadan
dapat dilaksanakan di sekolah. Program ini juga merupakan program inovasi dan
transformasi pendidikan yang dirangka dan dirancang bagi meningkatkan mutu
profesionalisma, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
Semoga terjalin ikatan ukhwah antara kita semua :) assalamualaikum .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment